TERIMA KASIH DAN SELAMAT DATANG KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG INI

TERIMA KASIH DAN SELAMAT DATANG KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG INI

satu manifestasi


ayah dan ibu
itulah permulaan kami
dapatlah melihat bulan dan
matahari
ahai..

yang dikurniakan dari Ilahi
ahai..
ayah dan ibulah
mesti dihormati

ayah dan ibu
wali dan juga keramat
pada mereka kita beri hormat
ahai..

bagilah tunjuk ajar dan
nasihat
supaya hidup
supaya hidup kita akan selamat..


berjumpa sekali lagi..

jikalau sudah bercakap jumpa tu.. mestilah ada cerita yang pak dogol hendak ceritakan lagi.. tetapi apa pula kaitannya dengan bait-bait lagu di atas?

adakah pak dogol berlatih untuk menghadiri ujibakat akademi fantasia? oh.. katakan sahaja tidak..!! pastinya belum lagi terbuka mulut.. kad merah dah tertayang.. muahaha!

kalau hendak tahu apa ceritanya kali ini.. jom kita bersama-sama sekali lagi menghayatinya dengan penuh keinsafan..

ehh..!! apa yang kamu buat ni? pergi main jauh-jauh.. pak dogol nak bercerita ni.. jangan ganggu..

oops..!! maaf ye.. kali ini kisah berkisar akan institusi keluarga pula..

dulu entah bila..

secara kebetulan.. pak dogol telah berjiran dengan sepasang suami isteri.. kedua-duanya menjawat jawatan yang baik di agensi kerajaan dan swasta.. tak adanya pak dogol hendak cemburu.. tetapi sebaliknya pak dogol berasa cukup berbangga kerana usaha tidak mengenal lelahnya dalam mentela’ah mata pelajaran di universiti dahulu telah membuahkan hasil..

orangnya baik.. sopan dan sentiasa menguntumkan senyuman setiap kali berhadapan dengan para jiran tetangga.. tetapi lain pula ceritanya di rumah.. ini bukan hendak mengumpat.. tetapi pak dogol telah terpasang telinga secara tidak sengaja.. syhhh..!!

rumah yang menjadi tempat tinggal mereka berdua ini gerannya dimiliki oleh ibu bapa si suami yang masih hidup lagi.. dah berstatus warga emas dan tinggal bersama.. manalah tau jikalau sakit pening.. adalah juga anak menantu tolong tengokkan..

apabila anak menantu pergi bekerja.. maka tinggallah orang tua berdua ini ditemani cucu-cucunya seramai tiga orang.. kecil-kecil lagi.. belum pun layak untuk ke pree-school.. tidak cukup ditemani dengan cucu tiga orang.. anak-anaknya yang lain seramai dua orang lagi siap menghantar anak-anak mereka sebagai nasi tambah untuk dijaga oleh kedua orang tua ini semasa ketiadaan mereka untuk bekerja..

dari tiga orang dah jadi lapan orang.. macam sarkis dah rumah tu.. maklumlah budak-budak.. datuk dan nenek mana yang tidak sayangkan cucu.. oleh itu.. dilihatnya sahajalah sambil tersengeh..

dalam pada masa itu entah bila..

yang menariknya.. mereka dok tepek anak-anak mereka pada orang tua itu sebegitu sahaja.. buat bodoh sahaja macam wajah talapia menahan kentut.. tiada hendak meninggalkan wang belanja.. tidak ambil tahu ada lagi susu atau pampes.. mereka semua beranggapan apa yang sudah dihulurkan dahulu kekal abadi tidak kunjung habis..

nasib baiklah bapa mereka ini seorang pesara di jabatan kerajaan.. adalah sedikit wang pencen buat belanja.. itulah buat beli itu dan buat beli ini.. anak-anak pula asyik memperhabiskan.. pasang langsir baru.. datang si angah.. ”cantiknya mak.. kalau pasang kat rumah angah ni cantik ni”.. wassalam.. beli kuih raya.. datang pula si ucu.. ”banyak betul mak beli kuih ye, bagilah ucu sikit”.. selesai.. malas dah nak cerita.. sakit hati dibuatnya..

pernah pada suatu hari orang tua ni tiada wang.. ”along.. bagi abah duit sikit”.. ”abah ni memang boroslah.. dah tua-tua nak belanja apa lagi? kan along dah bagi tiga ratus tiap-tiap bulan.. itu pun dah kira banyak tau.. bukannya along laki bini kerja cop duit”.. teguk air liur sahajalah orang tua itu..

terkini entah bila..

sudah lama pak dogol tidak mendengar berita orang tua itu.. oleh itu lalu pak dogol bertanyalah kepada sepasang suami isteri yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan ini.. selamba mereka menjawab.. ”kat rumah orang-orang tua.. mereka berdua yang beriya-iya hendak duduk di sana.. macamkan kat sini tak cukup makan dan kasih sayang”.. terkedu pak dogol..

setelah mendapatkan alamat.. pak dogol pun berziarah ke sana.. jumpa.. mereka berdua sangat gembira ketemu pak dogol.. maklumlah dulu pak dogol ni kira best friend mereka berdua.. sesekali pak dogol hulurkan wang.. tapi bukanlah wang sogokan tau.. pak dogol bertanya akan kisah bagaimana mereka berdua boleh berada di situ.. terkedu berganda pak dogol mendengar jawabannya..

mereka sudah tidak mahukan pakcik dengan makcik kamu ni nak”.. intro dari orang tua itu.. iskk! iskk! makcik itu mula menangis sayu sebagai muzik pengiring cerita..

mereka semua sudah bergaji besar.. kerja pun pangkat besar.. anak-anak pun dah membesar”.. terhenti seketika nada sebak pakcik itu.. iskk! iskk! lagi rancak muzik makcik itu..

habis tu.. rumah pakcik tu bagaimana?”.. tanya ku lagi..

pakcik dah jual kat ujang.. nak bayar saman mahkamah si angah.. dengar cerita kononnya pecah amanah.. tapi sampai mati pun pakcik tak akan percaya.. si angah tu baik budaknya”.. begitulah.. harimau tidak akan memakan anaknya..

habis tu bagaimana pakcik dengan makcik boleh berada di sini?”.. tanya pak dogol lagi mengalahkan wartawan hiburan..

ye lah nak.. keluarga mereka sudah besar.. rumah tu pula dah sempit.. pakcik dengan makcik kamu ni sekadar menyusahkan mereka anak beranak sahaja.. baiklah kami berdua tinggal di sini sahaja

mereka semua datang jenguk pakcik dengan makcik di sini?”.. geleng-geleng sahaja sebagai jawapannya.. ”bukankah mereka juga yang menghantar pakcik dengan makcik ke sini?

bukan begitu nak.. mereka pada mulanya hendak hantar pakcik dengan makcik kamu ni pulang dan tinggal di kampung.. di pertengahan perjalanan berhenti seketika di warung restoran depan tu untuk makan tengahari.. mereka berdua suruh kami tunggu sebab hendak ke bank mengeluarkan duit.. tapi sampai malam tidak muncul-muncul.. kami faham dan kami sedar.. itu yang kami sendiri datang ke sini.. lagi pun tidak jauh dari restoran tu

aduhhh..!! sakitnya jantung pak dogol mendengarkannya..

selamanya entah bila..

pak dogol teringat satu falsafah klasik cina yang berbunyi :  "manusia ini dari lahirnya hingga ke akhir hayatnya umpama seekor babi.. semasa kecilnya diberi makan dan penjagaan.. apabila besarnya menyusahkan.. ketika tuanya dikorbankan"

pak dogol juga pernah bertanya dengan seorang kawan yang berbangsa cina.. memang dari cina ortodok dia ni.. katanya : ”wa talak kesah sama ini idop.. sulah mati wa itu tuhan kasik idop semula.. kalo wa bayek wa jadi manusia.. kalo wa manyak jahat.. wa jadik itu babi.. itu orang kasik potong la

pernah juga pak dogol dengar pakar genetik dan DNA berkata : "99% dari DNA manusia adalah menyerupai DNA babi dan 1% pelengkap itu yang menentukan samada dilahirkan sebagai manusia atau babi"

adehh..!! pusing-pusing kat babi juga berbalik cerita ni.. minta diri dulu.. nanti senang-senang pak dogol bercerita lagi ye..


babaii..

47 ulasan:

  1. Penuh pengajaran dan wat kita berfikir-fikir.. Terima kasih pak dogol.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama Dr Farhana..

      semoga ianya menjadi peringatan dan teladan bersama..

      muehehe!

      Padam
  2. cerita menarik..
    kgkwn semua, jgn lupa ibu ayah =) jaga mereka slgi kita bnyawa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar Aimy..

      sudah menjadi tanggungjawab kita pula melindunginya setelah bersusah-payah mereka berdua membesarkan kita..

      muehehe!

      Padam
  3. salam..
    terasa sedih bila baca cite nie,
    org2 tua nie sbnrnya amat perlukan kasih sayang..
    hargailah setiap saat bersama meraka selagi dorang masih ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar alyssa..

      di penghujung usia..

      harta tidak bermakna berbanding kasih sayang keluarga..

      apa yang perlu..

      hanya bersabar seketika melayani karenah mereka mencuri keprihatinan kita..

      muahaha!

      Padam
  4. ya Allah apa dh jadi pd anak2 skrg.. nauzubillah. mintak2 kita semua dijauhi dr sikap mcm tu. derhaka sungguh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. usah terkejut arieza..

      fenomena men'sampah'kan samada anak-anak atau kedua orang tua adalah lumrah biasa di dalam kehidupan..

      cuma apa yang perlu diingat adalah bahawa kita tidak hidup menongkat langit..

      di sana janji kita bakal dituntut..

      muahaha!

      Padam
  5. salam singgah..=)
    lagu ni mmg touching gila2 punya..
    nangis kalau dengar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagu atau cerita yang sedih Noor?

      eleh..

      pandai cover ye..

      muahaha!

      Padam
  6. kejam sungguh la anak2 dia tu. ada ke buat parents cmtu. xbai sungguh la. apa la slh nye menjaga mk ngan ayh kite. ish2. anak ramai pon xleh nk jaga. hope sye tak macam tu la nnt. amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah Amalina..

      sebelum kita menghamburkan kekesalan dan kemarahan..

      ada baiknya kita cuba berada di situasi tersebut..

      maka secara tidak langsung maka kita akan tahu hal kedudukannya yang sebenar..

      muahaha!

      Padam
  7. Aduh pak dogol, sedih betul entri kali ni...huhu (sambil mengesat airmata..)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tidak mengapa Blue..

      selepas ini pak dogol tak mahu keluarkan lagi entri sedih..

      uikks!

      selamba je kesat air hidung kat baju pak dogol..

      muahaha!

      Padam
  8. Sedihnya dgr cerita pak dogol kali ni.....
    Dah nangis dah ni.....
    teringat mamaku di kg, tinggal sorang2. Ajak tinggal bersama, tak nak, bosan, x ada kawan,d kg ada kwn, blh belajar ngaji di pondok....

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah Iza..

      manusia di bibir usia tua mendambakan kenangan lama..

      cukuplah kita sekadar menyenangkan hatinya sahaja..

      uikks!

      ni lagi seorang cuba mengelapkan air hidungnya ke lengan baju pak dogol..

      muahaha!

      Padam
  9. "ayah dan ibu,
    itulah permulaan kami,
    dpt melihat,
    bulan dan matahari.."

    ..suka lagu ni sblm jadik ayah dan ibu,
    sekarang dah jadik ayah dan ibu..pn masih suka jugak,
    huuhuu baru wa tawu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru kamu tahu ye Manager..

      bukan mudah untuk bergelar sebagai seorang bapa..

      muahaha!

      Padam
  10. salam...pak dogol...menarik..suka juga lagu tu..t'ingat mak ayah..hehehe

    http://coretanmayaku.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maya ni mesti anak manja..

      dah besar pun masih rindu nak tidur bawah ketiak emak..

      muahaha!

      Padam
  11. Salam dari saya PaK Dogol. Ibu dan Ayah sampai bila-bila pun Ibu dan Ayah. Tapi Isteri kita belum tentu akan jadi isteri kita sampai bila-bila. "Pernah ditanya oleh sahabat kepada Rasullullah,"Kepada siapa harus berbakti, jawab Rasulullah,…Ibumu
    Sahabat bertanya lagi…lalu siapa
    lagi harus kita berbakti, jawab Rasulullah…Ibumu
    Sahabat masih bertanya lagi…lalu siapa lagi
    Rasullullah menjawab…Ibumu
    Yaa Rasulullah kepada , kepada siapa lagi aku harus berbakti…
    Ayahmu…Jawab Rasulullah

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar Qdine..

      dan kepada kedua ibu bapa..

      janganlah pula derhaka kepada anak-anaknya..

      seperti yang berlaku di zaman Umar AL-Khattab..

      muehehe!

      Padam
  12. bilah manusia bila dah ada gaji besar, pangkat besar, hidup senang..lupa daratan...cian mak bapak mrk...t'ingat kisah si tanggang.

    http://coretanmayaku.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. ingatlah Maya..

      kehidupan ini adalah ujian dan dugaan..

      apa yang kita miliki adalah semata-mata merupakan fitnah kehidupan..

      sekadar melonggarkan ingatan kita terhadap bekalan di alam baqa' nanti..

      muahaha!

      Padam
  13. pak dogol!!!
    sedeyh..
    xnak jadi cam dorang..
    T__T

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak nak jadi macam mereka..

      Att kena jadi arnab yang baik ye..

      muahaha!

      Padam
  14. sedih bila baca citer tu . harap2 anak2 saya tak buat macam tu kat saya bila dah tua nanti .Minta pada allah moga anak saya selalu ada rasa simpati dan sayang pada orang2 tua tak kira lah org tua sendiri atau org tua yg tak di kenali . Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. kuncinya mudah Mami..

      didiklah anak-anak kita agar menghormati orang yang lebih tua dari usianya..

      meskipun orang itu dibenci samada tidak sehaluan ideologi mahupun kehendak..

      kerana kita harus ingat..

      balasan itu bukan sahaja diterima di sana..

      malahan ianya terlebih dahulu hadir di dunia..

      muahaha!

      Padam
  15. entri pak dogol ni bagus la....

    sambil bercerita ada pengajaran di situ....

    tp mesti ada 'babi' eh...

    ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Pora ni buat-buat lupa pula..

      kan oinkle tu tema blog ni di samping rakan-rakannya..

      muahaha!

      Padam
  16. kejamnya mereka, sedih betul..sabr je la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. begitulah Baaqiy..

      apabila tersepit di celahan dunia maka akhirat disingkirkan..

      itulah sikap makhluk yang bergelar manusia..

      muehehe!

      Padam
  17. Masyarakat sekarang ni tidak mengenal mana satu intan, mana satu permata ( eh bukan dua2 bernilai ke? ). Err, abaikan! Tapi itulah yang sering terjadi pada dunia akhir zaman ini. Moga kita menginsafi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangankan intan dan permata Hami Ashraff..

      batu tepi jalan pun mahal tau..

      muahaha!

      p/s :

      inilah hakikat sebenar mengapa Rasulullah saw sering berpesan agar kita menjaga punca rezeki kita..

      muehehe!

      Padam
  18. nauzubillahiminzaalik~

    pak dogol, ikan talapia kentut camner eks?
    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang dalam air sesekali keluar blup! blup! blup! tu la huda..

      muahaha!

      Padam
  19. Itulah kita.
    nnty jatuh tersungkur baru jerit.
    Makkk..
    Abahhh..

    Tiada redha mak bapak.
    Jangan diminta hidup senang selamanya :)
    jawab dengan Tuhan.
    Setiap apa dibuat.
    Mak dan bapak ini akan menghalang perjalanan anak-anak durjana jumpa pintu syurga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar Fatin..

      bagaimana mungkin kita berhadapan dengan DIA sedangkan hubungan kita sesama manusia tercela..

      apatah lagi manusia itu adalah kedua ibu bapa kita..

      p/s :

      pada 'hari itu' masing-masing sebok dengan hal masing-masing tanpa memperdulikan hal orang lain.."

      muehehe!

      Padam
  20. Tiba2 teringat kat mak dan ayah di kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini yang pak dogol malas hendak menulis bab cerita menyentuh jiwa ni Shameel..

      muahaha!

      Padam
  21. esh apa punya anak lah buat macam tu kat mak ayah. pastu sampai sekarang ke anak2 mereka tak insaf2 pak dogol ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. entahlah Fatin..

      pembalasan tetap pembalasan..

      apa yang perlu kita renungi agar cerita ini menjadi sempadan..

      p/s :

      kedua-dua orang tua itu sudah lama pulang ke rahmatullah..

      muehehe!

      Padam
  22. masuk jelah af tu pak dogol...teringin gak tgk muka si pak dogol ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. uikks! Nurul..

      tak mau la..

      nanti tercabut tangan pak dogol asyik bersalam dan menandatangani autograf para peminat..

      muahaha!

      Padam
  23. salam,mintak pandangan atau nasihat/komen berkaitan dengan artikel terbaru yang di tulis di blog saya.Pandangan dan komen/nasihat dari anda amat saya alu2kan untuk di jadikan pengajaran kepada saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pak dogol akan berkunjung ke halaman kamu Anak Pendang..

      muehehe!

      Padam
  24. malahan ada yang lebih zalim Ika..

    seorang ibu tua ditinggalkan bersendirian tanpa sebarang bekalan di sebuah perhentian bas..

    pada siapakah harus kita persalahkan?

    muahaha!

    BalasPadam

"terima kasih kerana sudi memberikan komen di entri ini.."