TERIMA KASIH DAN SELAMAT DATANG KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG INI

TERIMA KASIH DAN SELAMAT DATANG KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG INI

INTRODUKSI



Salam bicara dan selamat bertemu.

Di kesempatan ini Pak Dogol ingin menyentuh akan perbicaraan yang sering menjadi tumpuan dan minat ramai, iaitu rahsia di sebalik bulan kelahiran. Berbeza dengan zodiak, ianya lebih memfokuskan kepada bulan Masihi.

Meskipun hasil dari kajian para ahli astrologi atau falak dianggap hampir dan mungkin malahan sangat tepat kepada umum namun ianya tetap masih pada tahap 25% dari ketepatan sebenar.

Sebelum kita membongkar rahsia ketepatannya, apa kata kita sama-sama melihat hasil kajian pakar-pakar tersebut bermula dari kelahiran pada bulan Januari sehingga Disember.

Selamat berhibur dan berbicara.

PEMULA BICARA



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog Ragam Pak Dogol ni. Samada faham atau tidak, angguk je la ye. Tak la sampai tersantak ke suboh pak dogol nak membebel.

Selamat membaca dan kalau tak puas hati lepaskan je la geram kat ruangan komen. Kalo simpan nanti mau kena hepatitis B pulak.

Muahaha!

SELAMAT DATANG


satu manifestasi


ayah dan ibu
itulah permulaan kami
dapatlah melihat bulan dan
matahari
ahai..

yang dikurniakan dari Ilahi
ahai..
ayah dan ibulah
mesti dihormati

ayah dan ibu
wali dan juga keramat
pada mereka kita beri hormat
ahai..

bagilah tunjuk ajar dan
nasihat
supaya hidup
supaya hidup kita akan selamat..


berjumpa sekali lagi..

jikalau sudah bercakap jumpa tu.. mestilah ada cerita yang pak dogol hendak ceritakan lagi.. tetapi apa pula kaitannya dengan bait-bait lagu di atas?

adakah pak dogol berlatih untuk menghadiri ujibakat akademi fantasia? oh.. katakan sahaja tidak..!! pastinya belum lagi terbuka mulut.. kad merah dah tertayang.. muahaha!

kalau hendak tahu apa ceritanya kali ini.. jom kita bersama-sama sekali lagi menghayatinya dengan penuh keinsafan..

ehh..!! apa yang kamu buat ni? pergi main jauh-jauh.. pak dogol nak bercerita ni.. jangan ganggu..

oops..!! maaf ye.. kali ini kisah berkisar akan institusi keluarga pula..

dulu entah bila..

secara kebetulan.. pak dogol telah berjiran dengan sepasang suami isteri.. kedua-duanya menjawat jawatan yang baik di agensi kerajaan dan swasta.. tak adanya pak dogol hendak cemburu.. tetapi sebaliknya pak dogol berasa cukup berbangga kerana usaha tidak mengenal lelahnya dalam mentela’ah mata pelajaran di universiti dahulu telah membuahkan hasil..

orangnya baik.. sopan dan sentiasa menguntumkan senyuman setiap kali berhadapan dengan para jiran tetangga.. tetapi lain pula ceritanya di rumah.. ini bukan hendak mengumpat.. tetapi pak dogol telah terpasang telinga secara tidak sengaja.. syhhh..!!

rumah yang menjadi tempat tinggal mereka berdua ini gerannya dimiliki oleh ibu bapa si suami yang masih hidup lagi.. dah berstatus warga emas dan tinggal bersama.. manalah tau jikalau sakit pening.. adalah juga anak menantu tolong tengokkan..

apabila anak menantu pergi bekerja.. maka tinggallah orang tua berdua ini ditemani cucu-cucunya seramai tiga orang.. kecil-kecil lagi.. belum pun layak untuk ke pree-school.. tidak cukup ditemani dengan cucu tiga orang.. anak-anaknya yang lain seramai dua orang lagi siap menghantar anak-anak mereka sebagai nasi tambah untuk dijaga oleh kedua orang tua ini semasa ketiadaan mereka untuk bekerja..

dari tiga orang dah jadi lapan orang.. macam sarkis dah rumah tu.. maklumlah budak-budak.. datuk dan nenek mana yang tidak sayangkan cucu.. oleh itu.. dilihatnya sahajalah sambil tersengeh..

dalam pada masa itu entah bila..

yang menariknya.. mereka dok tepek anak-anak mereka pada orang tua itu sebegitu sahaja.. buat bodoh sahaja macam wajah talapia menahan kentut.. tiada hendak meninggalkan wang belanja.. tidak ambil tahu ada lagi susu atau pampes.. mereka semua beranggapan apa yang sudah dihulurkan dahulu kekal abadi tidak kunjung habis..

nasib baiklah bapa mereka ini seorang pesara di jabatan kerajaan.. adalah sedikit wang pencen buat belanja.. itulah buat beli itu dan buat beli ini.. anak-anak pula asyik memperhabiskan.. pasang langsir baru.. datang si angah.. ”cantiknya mak.. kalau pasang kat rumah angah ni cantik ni”.. wassalam.. beli kuih raya.. datang pula si ucu.. ”banyak betul mak beli kuih ye, bagilah ucu sikit”.. selesai.. malas dah nak cerita.. sakit hati dibuatnya..

pernah pada suatu hari orang tua ni tiada wang.. ”along.. bagi abah duit sikit”.. ”abah ni memang boroslah.. dah tua-tua nak belanja apa lagi? kan along dah bagi tiga ratus tiap-tiap bulan.. itu pun dah kira banyak tau.. bukannya along laki bini kerja cop duit”.. teguk air liur sahajalah orang tua itu..

terkini entah bila..

sudah lama pak dogol tidak mendengar berita orang tua itu.. oleh itu lalu pak dogol bertanyalah kepada sepasang suami isteri yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan ini.. selamba mereka menjawab.. ”kat rumah orang-orang tua.. mereka berdua yang beriya-iya hendak duduk di sana.. macamkan kat sini tak cukup makan dan kasih sayang”.. terkedu pak dogol..

setelah mendapatkan alamat.. pak dogol pun berziarah ke sana.. jumpa.. mereka berdua sangat gembira ketemu pak dogol.. maklumlah dulu pak dogol ni kira best friend mereka berdua.. sesekali pak dogol hulurkan wang.. tapi bukanlah wang sogokan tau.. pak dogol bertanya akan kisah bagaimana mereka berdua boleh berada di situ.. terkedu berganda pak dogol mendengar jawabannya..

mereka sudah tidak mahukan pakcik dengan makcik kamu ni nak”.. intro dari orang tua itu.. iskk! iskk! makcik itu mula menangis sayu sebagai muzik pengiring cerita..

mereka semua sudah bergaji besar.. kerja pun pangkat besar.. anak-anak pun dah membesar”.. terhenti seketika nada sebak pakcik itu.. iskk! iskk! lagi rancak muzik makcik itu..

habis tu.. rumah pakcik tu bagaimana?”.. tanya ku lagi..

pakcik dah jual kat ujang.. nak bayar saman mahkamah si angah.. dengar cerita kononnya pecah amanah.. tapi sampai mati pun pakcik tak akan percaya.. si angah tu baik budaknya”.. begitulah.. harimau tidak akan memakan anaknya..

habis tu bagaimana pakcik dengan makcik boleh berada di sini?”.. tanya pak dogol lagi mengalahkan wartawan hiburan..

ye lah nak.. keluarga mereka sudah besar.. rumah tu pula dah sempit.. pakcik dengan makcik kamu ni sekadar menyusahkan mereka anak beranak sahaja.. baiklah kami berdua tinggal di sini sahaja

mereka semua datang jenguk pakcik dengan makcik di sini?”.. geleng-geleng sahaja sebagai jawapannya.. ”bukankah mereka juga yang menghantar pakcik dengan makcik ke sini?

bukan begitu nak.. mereka pada mulanya hendak hantar pakcik dengan makcik kamu ni pulang dan tinggal di kampung.. di pertengahan perjalanan berhenti seketika di warung restoran depan tu untuk makan tengahari.. mereka berdua suruh kami tunggu sebab hendak ke bank mengeluarkan duit.. tapi sampai malam tidak muncul-muncul.. kami faham dan kami sedar.. itu yang kami sendiri datang ke sini.. lagi pun tidak jauh dari restoran tu

aduhhh..!! sakitnya jantung pak dogol mendengarkannya..

selamanya entah bila..

pak dogol teringat satu falsafah klasik cina yang berbunyi :  "manusia ini dari lahirnya hingga ke akhir hayatnya umpama seekor babi.. semasa kecilnya diberi makan dan penjagaan.. apabila besarnya menyusahkan.. ketika tuanya dikorbankan"

pak dogol juga pernah bertanya dengan seorang kawan yang berbangsa cina.. memang dari cina ortodok dia ni.. katanya : ”wa talak kesah sama ini idop.. sulah mati wa itu tuhan kasik idop semula.. kalo wa bayek wa jadi manusia.. kalo wa manyak jahat.. wa jadik itu babi.. itu orang kasik potong la

pernah juga pak dogol dengar pakar genetik dan DNA berkata : "99% dari DNA manusia adalah menyerupai DNA babi dan 1% pelengkap itu yang menentukan samada dilahirkan sebagai manusia atau babi"

adehh..!! pusing-pusing kat babi juga berbalik cerita ni.. minta diri dulu.. nanti senang-senang pak dogol bercerita lagi ye..


babaii..