anak ku sazali


yuhuu!! pak pogol muncul kembali..

salam sejahtera..

memang sangat mengharukan apabila menonton cerita perwatakan haiwan di dalam impys island itu.. pada hal belum pun lagi pak dogol menontonnya.. sekadar dengar soksek je kat restoran mamak..

pengorbanan dan kerelaannya itu membuatkan kita teharu.. oleh itu secara tidak langsung maka adalah cerita yang terlintas di benak pak dogol ni untuk pak dogol cerita dan kongsikan bersama dengan kamu semua..

seekor ibu babi akan terus menyusukan anak-anaknya sehingga tamat tempoh penyusuannya.. bukan seekor dua tetapi berlambak.. di dalam tempoh penyusuan itu si ibu babi tidak pernah mengeluh meskipun perlu mendapatkan makanan yang lebih banyak dari sumber yang terhad serta merempuh bahaya demi menghasilkan susu kepada anak-anaknya yang berlambak itu..

anak-anak babi pula tidak akan sesekali meninggalkan ibunya di dalam jagka tempoh tersebut.. bukan kerana sifat kecintaannya.. tetapi sudah fitrahnya yang sentiasa kelaparan.. ada masanya si ibu babi akan terkorban di dalam tempoh penyusuan itu disebabkan samada oleh pemangsa atau kerakusan anak-anaknya itu..

apabila didapati oleh anak-anak babi bahawa ibu mereka sudah mati disebabkan oleh sikap pelahap mereka.. maka mereka akan pergi mencari ibu babi lain yang juga sedang di dalam tempoh menyusukan anak-anaknya..

si ibu babi angkat yang baru ini dengan rela menerima anak babi yang yatim itu dengan hati yang terbuka.. meskipun berkongsi dengan anak-anaknya yang lain..

meskipun si ibu babi menanggung penderitaan semasa menyusukan anak-anaknya namun tidak pernah pula si ibu babi berniat untuk memberikan anak-anaknya menjadi anak angkat kepada ibu babi lain.. apatah lagi membuangnya semasa baru dilahirkan.. apa tidaknya.. bukan seekor dua tetapi banyak ekor..

yang lebih teharu pula.. ibu-ibu babi tidak pernah pula bersikap seperti cerita bawang puteh bawang merah dalam menerima anak angkat.. sentiasa bersikap adil samada kepada anak-anaknya mahupun anak-anak angkatnya..

bagaimana pula dengan kaum hawa kita? adehh..

8 ulasan:

  1. test3x,hehehhe, pak dogol, aried dtng,heheh, bdway, bz nye die ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh ye aried..

      bagaimana kamu boleh tahu yang pak dogol ni sentiasa bizi (bodi)??

      muahaha!

      Padam
  2. Seekor anak babi melihat seseorang sedang meninggalkan anaknya ditepi masjid, dia pun berkata.. "nasib baik aku ni anak babi.."

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamu ni jantan terkacak..

      terlalu ikhlas dan telus dalam memengertikan entri pak dogol..

      muahaha!

      Padam
  3. adeh..payoh le kalau kaum hawa pon mcm tu...huahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan ke sekarang ni guna susu tin awalan lembu..

      nasib bukan susuan terus dari lembu kan amelina kan..

      muahaha!

      Padam
  4. mksud sy..menyusukan n jg anak2 yg ramai bagai. hehe..klo bab penerimaan anak angkat o anak tiri dpends on wanita tersebut dan keadaan sekeliling..cewaah! :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang ni lagi hebat..

      dah tak dera anak tetapi dera amah pula..

      muahaha!

      Padam

"terima kasih kerana sudi memberikan komen di entri ini.."

JIKA TIDAK KEBERATAN MENYUMBANG MAKA SUDI-SUDILAH KLIK IKLAN INI